Friend of mine

Sunday, 20 January 2013

Review Grand Lexis PD

baru2 ni pegi holiday dekat Grand Lexis PD. Actually dah agak lama booking kat sini ehee..so ramai yg suh review. okey I bg review takat yg ingat eehee..

Masa booking ritu I booking dekat booking.com dapat rega RM540 utk deluxe pool villa. Kat situ tulis check in pukol 3 petang. But kitaorg sengaja pegi awal sebab pengalaman sebelum ni kalau hotel tu bukan weekend and peak season boleh je check in awal pun. Masa check in staff die tanya bayaq pakai ape. credit card I kan block utk gores2 ni just utk I pay insuran only so bayar cash lah kekdahnya. Total include tax bagai is RM614 but staff minta RM800 as a deposit. Lebihnya akan dipulangkan balik. Sebabnya, kalau ada kerosakan ape2 dalam bilik atau kite amik minuman dalam tu die akan potong dari duit deposit tu lah, But kalau atkde ape2 balance tu die akan pulangkan masa check out. So we all dapat lah balik balance tu masa check out =) But this is the first time rasanya deal gan hotel yg mengamalkan kekdah cenggini..

sebab utama nak holiday sini ade lah PRIVATE POOL nye. masuk2 tu mmg target yg tu je dulu ehee..tgok anak teruna I dah siap julu2 kaki dalam kolam mmg tak sabo! nak renang kekdahnya..opss dalam bilik pun ade panel glass utk tgok laut kat bawah nun.. tapi PD kan air laut bekeladak ape benda lah yg nak nampak, jenuh Irmays nunggu ikan tak muncul2 ehee..but malam tu seram je nak nengok tau sbb takut nampak benda yg tak sepatutnya huhuhu..


Kena wat pool satu kat umah kot sbb kat umah malas beno ha nak suh mandi, kat sini 24 jama syik nak dok dalam pool huishhh!

-Food kat sini biaselah standard hotel kan but breakfast die cam tak banyak variety sgt dan rasa pun boleh jelah..tapi kalo bab makanan mmg Concorde Inn KLIA much2 better!!

-Customer Services mmg terbaik! bilik I jauh kan setiap kali nak keluar mmg malas nak jalan ehee so call je panggil BUGGY mmg berdesupp sampai depan bilik ehee..pastu setiap kali berselisih dengan staff dia mesti ada ucapan Salam, Hai dsb senyuman mmg tak lekang utk customer <3 

-Surroundings mmg cantik dan menenangkan =), kalau betul2 nak holiday tenangkan minda rehatkan badan mmg kat sini terbaik lah. 

Kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki InsyaAllah kami akan kembali lagi ke sini <3 

Monday, 7 January 2013

POTTY TRAINING IRMAYS RUSYAIDI

Lamanya tak update blog =) so now nak update tentang potty training my little boy..opsss dah tak pakai pampers dah besar lah kan no a little boy anymore.. =)

Start dengan suke2 je no preparation at all! just terasa nak buat then let my hubby know. dan die pun setuju. So mulalah bgtahu Irmays yg mama nak bula train irmays kencing dan berak dlm bilik ayaq. so OK je die..dah mandikan die pagi sabtu tu terus pakaikan suar tak lame less than 10 minutes die cakap 'MAMA KENCING' sambil ayaq kencing meleleh celah seluaq...waaaa rasa nak marah but tahann sebab baru nak belajaq kan... bawak lah dia masuk bilik ayaq basuh sambil tunjuk nilah tempat irmays kena kencing sebab irmays dah besar jangan kencing dalam seluar. MALU..

so from that, nak kencing je die akan bgtahu 'mama nak kencing' sambil buka seluaq dan lari2 masuk bilik ayaq..Alhamdulillah takde bocor kecuali hari pertama tu lah.

tu kisah kat umah, kat sekolah pulak day first dan potty train kat sekolah dah pesan bgtau cikgu2..last2 cikgu kata dia tak bgtau pun seb baik cikgu rajin dok tanya nak kencing ka dak but terbabas gak lah sekali kat sekolah. TETAPI second day kat sekolah dah tak malu bgtau cikgu n more terbabas2 ni. Now dah 11 hari free diapers tapi malam still bg pakai takut eksiden..mostly malam die tak kencing pun dalam pampers tu sbb dia akan panggil mama kalau nak kencing..


well done sayang! mama love u so much!!

*nnti bile besar baca tau ehee

Sunday, 30 December 2012

Bihun Sup Utara

apa beza bihun utara dan negeri2 lain punya?? ehee semestinya pada warna bihun tu..yg warna kuning.. Last friday buat bihun sup utara ni..dah tahap kemaruk dah ni.. dah mmg dari kecik dok makan ni so pastinya tekak bekenan dekat bihun utara dah bihun sup lain =)



Bahan2:
-Ayam 3 ketul amik bahagian isi dan tulang (sape nak guna daging pun boleh)
-kuib pati ayam satu
-kulit kayu manis
-bunga lwang
-bawang merah 5 ulas
-bawang putih 2 ulas
-minyak utk menumis
-air secukupnya
-garam
-bihun (rendam dan celurkan dengan air panas sambil masukkan kunyit ut bagi warna kuning)
-daun bawang, daun sup, bawang goreng (utk hiasan)

Cara2:
1-tumbuk bawang merah dan bawang putih
2-tumis minyak hingga panas, masukkan bawang yg dah ditumbuk, bunga lawang dan kulit kayu manis
3-biar garing masukkan ayam, dan air secukupnya
4-masukkan kiub ayam biarkan mendidih atak hingga ayam empuk
5-perasakan dengan garam pastu siap lah

#untuk cabai merah..bihun sup utara ni mmg kick kalau makan dengan cabai merah

Bahan
-serbuk cili sebungkus
-air asam jawa
-garam
-minyak
-gula
-gula melaka

Cara2
-panaskan minyak
-masukkan serbuk cili kemudian masukkan air asam jawa biar seketika hingga agak pekat kemudia manuskkan garam, gula putih dan gula melaka.
-biar lagi sehingga pekat kira siap dah latu..boleh dihidangkan bersama dengan bihun sup tadi =)

Tuesday, 25 December 2012

Kek Pisang wif Rice Chocolate

Oleh kerana sayang sgt dengan pisang dan dari nak buang dok la pikiaq nak buat kek pisang ka atau serawa pisang..lama pikiaq last sekali buat kek lah sebab anak teruna I mmg hantu kek kalo serawa kang I yang makan sorang huhu..

Bahan2
-Pisang (5biji)
-telor ayam 2 biji
-esen vanilla
-gula kastor secawan
-minyak jagung 1 cawan
-tepung gandum 2 cawan
-tepung jagung stgh cawan
-soda bikarbonat
-baking powder
-rice chocolate

Cara2
-blender telor ayam. gula, esen vanilla dan minyak smpai halus
-kemudian masukkan pisang blender lagi kisar smpai halus jugak
-kemudian masukkan bahan diblender tadi dalam mangkuk
-kemudian masukkan tepung gandum. tepung jagung, soda bikarbonat dan baking powder yg dah di ayak dalam bahan blender tadi serta chocolate rice
-gaul sehingga sebati dan tepung tak berketul
-masukkan dalam bekas kek taburkan rice chocolate dan pisang yg dihiris untuk mencantikkan kek..(cantik ke)
-masukkan dalam oven 180 o'c selama 45minit


pastu tunggu la smpai masak dapat lah hasil macam ni ...


Sunday, 23 December 2012

Family Gathering at Batu Feringghi

My Brother in Law (BIL) sewa a chalet untuk adik beradik semua untuk relaxing dekat pantai. So ramai2 semua datang, we came from Bangi dan yg lain2 datang dari Kedah n Penang itself. Bila sampai tu my BIL n his family dah ada kat Batu Feringghi. We choose bilik yg berdepan dengan pantai konon nan tidur sambil mendengar bunyi deruan ombak gitu..But my SIL n my other BIL buat lawak..'hangpa dok bilik depan2 tu tau tau pagi eso hangpa dok kat tengah laut sebab ombak seret hangpa pi sana'..adoii kes ayat jeles lah tu tak dapat bilik menghadap pantai kihkih...




See betul2 menghadap laut kan?? chalet ni diusahakan oleh orang Filipina

Nak mandi masa ni tak dibenarkan coz ombak yang kuat so main2 pasir dengan main ayaq ala2 manja gitu..kalo suh berenang pun i tak pandai berenang u olls so tak ralat pun ombak pasang tu ehee =) Bestnya dapat lepak beramai2 satu family..









See my niece, my nephew sonok deme jumpa Irmays =)

Walau kejap je lapaking bersama-sama tetap menggembirakan =) lain kali boleh buat gathering kat lain pulak ehee...thanks sangat for my BIL coz sponsor tempat tinggal n makan untuk adik2 ipar mu ehee <3

Last but not least..I love Penang so much!!




Melaka Tapak Warisan Dunia

Dah lama rasanya tak jejak kaki ke Melaka..rasanya last pi masa rombongan sekolah masa sekolah menengah dulu..Mulalah dok mengajak hubby p jalan2 sana..modainya macam besalah guna nama anak ehee...'jom lah ayang pi bejalan, kesian kat Irmays tau asyik dok umah ja'..sapa tak sayang anak kan?? so hubby pun agreed! ehehee.. Betolak dari Bangi around 11am by the time smpai Melaka dalam kol 1 lebih gak tu pun tersesat mencari hotel..By the way kami stay dekat Syaz Meridien Hotel..dimaklumkan hotel ni baru lagi tu yg tanya org pun banyak yg tak tau ehee...Untuk harga yg murah so hotel ni selesa lah utk kami 3  beranak..hotel booking melalui booking.com jugak =)

Sebelum chcek in tu kami singgah Taman Buaya Melaka dulu sebab jumpa yg ni dulu kan so pi kat sini dulu lah..same kami bercuti weekdays so orang tak ramai..

Patu naik train sebab Irmays kan suke sgt dengan train kan..ehee kat sini ada dinasour train..yehaaa


Dinosour yg tak bape nak terkejut eheee


pas naik train ni masih melilau dekat kawsan2 sekitar Taman Buaya..Lepast tu baru masuk bandar n check in rest kejap sebelum keluar cari makan utk dinner n paling penting naik river cruise!! satu yg i puji Melaka ni dari aspek kebersihan mmg terjaga since dapat status dari UNESCO kan..











Hope dapat datang ke Melaka lagi =) sebab tak semua tempat yg kami explore sebab hubby yg tak dapat cuti lama tapi sesekali dapat getaway macam ni memang best!!

Lost World Of Tambun -review-

Lama gak lah dah p bercuti dekat Lost world of tambun ni, sebab baru ada blog kan baru lah dapat review tentang holiday dekat sini. Kami kat sana just sehari semalam ja sebab hubby tak dak cuti pun. Dan Ipoh dengan Kl just 2 hours journey.

Bila sampai dekat2 tengah hari dah so boleh check in, kami duduk dekat hotel Lost World Hotel mmg depan2 Lost World of Tambun. Hotel I booking melalui booking.com! Masa sampai tu Q nak check in agak panjang so terpaksa tunggu almost 25 minutes gak lah sebelum dapat masuk hotel. Masuk hotel pertama sekali mesti chcek semua dulu, tandas, katil, almari dsb..


Ni keadaan dalam bilik kami =) memang puas hati

Dah habih semua tu terus tukaq baju nak masuk Lost WORLD OF TAMBUN..yehaaa main ayaq puas2! Mula masuk tu tak terus celepa kat ayaq kami jalan kaki pusing tengok apa yg ada setiap pit stop yg ada kami stop..


Bila masuk nampak yg ni dulu..sahih la berenti my hubby paling teruja dengan Irmays sebab both of them memang suka binatang2 ni..pencinta haiwan lah katakan ehee..

After bg itik makan, we pegi Lost World Petting Zoo kat sini kire macam mini zoo lah =) Kat sini macam2 jenis haiwan ade macam kat bawah ni..






Nilah antara binatang yg ada dekat sini, actually ada banyak lagi ehee i amik sikit je pic nye



After that barulah kitaorang mulakan aktiviti mandi manda..best sgt mandi kat sini! maybe sebab org yg tak ramai sebab kitaorang pegi weekdays kan..



Gambar masa mandi tak de ye sibuk mandi mana kisah nak tangkap gambaq lagi! ehee


** kesimpulannya enjoy holiday dekat sini =) kalau boleh nak mai lagi ehee...