Friend of mine

Showing posts with label FOODS. Show all posts
Showing posts with label FOODS. Show all posts

Sunday, 17 February 2013

Nasi Pilau

Weekend baru-baru ni yang best sungguh, asyik duduk kat rumah pastu masak, makan, tengok tv, tidoq..acara rutin weekend nih.. Bila tengok rancangan Forever Summer with Nigella Lawson kat 703, nampak dia masak nai pilau perghh nampak cam menarik dan tertarik kot. Apa lagi check bahan-bahan kat dapuq tgok beras basmathi ada lagi sikit..so misi is ON! Berjaya buat alahai senang sangat tau, sedap pulak tu my hubby tanya nasi apa, then bgtau lah tu NASI PILAU,..boleh buat lagi ni dia kata ..

Nilah ghupa nasi pilau nya tu..

Kat sini ku kongsi resepi sbb hari tu ada a few friends yang minta resepi ni

Bahan-bahan :
-Beras Basmathi 500gm (ni boleh makan dalam 3-4 orang kalau selera kecik ni)
-Stok air rebusan ayam 1 liter (ku bubuh kiub ayam knorr je nih)
-sebiji lemon (ku guna limau nipis jek)
-safron (adoii mana nak cari benda nih, so aku ganti dengan pewarna kuning teloq)
-mentega+minyak sorang satu sudu ja
-kacang badan/gajus or ikut suke korang lah kacang mane yang korang nak (kena goreng tanpa minyak dulu kekacang ni semua nya
-dada ayam hiris kecik2 pastu perap dengan yogurt (perap dalam 30minit lepastu goreng dengan minyak yg skit ja)
-daun bawang/sup/bawang goreng (utk hias tabuq2 ataih nasik)

Cara2:
-Panaskan minyak +mentega sehingga cair
-Masukkan beras basmathi yang dah dibasuh kacau2 sat bagi depa mesra
-pastu masukkan stok rebusan ayam disertai dengan safron.pewarna kuning teloq, serta jus limau nipis (kalau pakai lemon boleh parut boh kulit sikit dengan jus dia)
-tutup periuk nasi dan biarkan dalam 10 minit masak lah nasi hangpa tu..jangan dok rajin kacau setiap seminit nnti nasi jadik tak lawa tak nampak panjang2 wokehh
-dah 10 minit p lah check nasi hangpa masak dah tu, boleh lah angkat transfer ke dalam magkuk ka bekaih nak hidang..pastu kacau2 dengan garpu sat bg nasi tu relai dan tak melekit (ni tips nigella lawson)
-dahtu masukkan ayam yang dah digoreng tabuq2 ataih nasik
-diikuti dengan kekacang yang dah digoreng, daun bawang/sup dan bawang goreng..
-last sekali, takkan nak ajaq jugak,,time makan lah!! eheee

Sunday, 30 December 2012

Bihun Sup Utara

apa beza bihun utara dan negeri2 lain punya?? ehee semestinya pada warna bihun tu..yg warna kuning.. Last friday buat bihun sup utara ni..dah tahap kemaruk dah ni.. dah mmg dari kecik dok makan ni so pastinya tekak bekenan dekat bihun utara dah bihun sup lain =)



Bahan2:
-Ayam 3 ketul amik bahagian isi dan tulang (sape nak guna daging pun boleh)
-kuib pati ayam satu
-kulit kayu manis
-bunga lwang
-bawang merah 5 ulas
-bawang putih 2 ulas
-minyak utk menumis
-air secukupnya
-garam
-bihun (rendam dan celurkan dengan air panas sambil masukkan kunyit ut bagi warna kuning)
-daun bawang, daun sup, bawang goreng (utk hiasan)

Cara2:
1-tumbuk bawang merah dan bawang putih
2-tumis minyak hingga panas, masukkan bawang yg dah ditumbuk, bunga lawang dan kulit kayu manis
3-biar garing masukkan ayam, dan air secukupnya
4-masukkan kiub ayam biarkan mendidih atak hingga ayam empuk
5-perasakan dengan garam pastu siap lah

#untuk cabai merah..bihun sup utara ni mmg kick kalau makan dengan cabai merah

Bahan
-serbuk cili sebungkus
-air asam jawa
-garam
-minyak
-gula
-gula melaka

Cara2
-panaskan minyak
-masukkan serbuk cili kemudian masukkan air asam jawa biar seketika hingga agak pekat kemudia manuskkan garam, gula putih dan gula melaka.
-biar lagi sehingga pekat kira siap dah latu..boleh dihidangkan bersama dengan bihun sup tadi =)

Tuesday, 25 December 2012

Kek Pisang wif Rice Chocolate

Oleh kerana sayang sgt dengan pisang dan dari nak buang dok la pikiaq nak buat kek pisang ka atau serawa pisang..lama pikiaq last sekali buat kek lah sebab anak teruna I mmg hantu kek kalo serawa kang I yang makan sorang huhu..

Bahan2
-Pisang (5biji)
-telor ayam 2 biji
-esen vanilla
-gula kastor secawan
-minyak jagung 1 cawan
-tepung gandum 2 cawan
-tepung jagung stgh cawan
-soda bikarbonat
-baking powder
-rice chocolate

Cara2
-blender telor ayam. gula, esen vanilla dan minyak smpai halus
-kemudian masukkan pisang blender lagi kisar smpai halus jugak
-kemudian masukkan bahan diblender tadi dalam mangkuk
-kemudian masukkan tepung gandum. tepung jagung, soda bikarbonat dan baking powder yg dah di ayak dalam bahan blender tadi serta chocolate rice
-gaul sehingga sebati dan tepung tak berketul
-masukkan dalam bekas kek taburkan rice chocolate dan pisang yg dihiris untuk mencantikkan kek..(cantik ke)
-masukkan dalam oven 180 o'c selama 45minit


pastu tunggu la smpai masak dapat lah hasil macam ni ...


Sunday, 16 December 2012

SOTONG CELUP TEPUNG!

Kalau p kedai makan mesti akan order sotong goreng/celup tepung ni kan?? not only me tapi ramai yg akan order ni..dengan kelembutan sotong dan kerangupan tepung dekat luaq tu pekena pulak dengan sos memang mengugat jiwa eheee...But rega sotong ni dahla mahai kan makan sekali sekala boleh la (mokata hangpa kaya nak makan hari2 pun tak pa aihh, tak dak sapa nak marah!)..

So actually dah banyak kali buat sotong goreng tepung ni but selalu tak berapa nak menjadi sebab kadang tepung tu tak crispy dan kadang tu tepung tak melekat kat sotong! hasil mmg tak best!! BUT tak puas hati terus cuba dan cuba sampai lah puas hati dengan resepi kali ni!! sotong kekal lembut kat dalam, kerangupan tepung dengan luaq tu mmg menusuk kalbu!!



Bahan2:
Sotong, bersih, hiris dan tos sehingga betul2 kering!
garam
lada hitam
serbuk kari ikan
tepung gandum (1 cawan)
baking powder
telur ayam sebiji
italian herbs/mix herbs

Cara2:
-perap sotong dengan  garam dan lada hitam, italian/mix herbs
-campurkan tepung gandum, baking powder, lada hitam dan serbuk kari ikan
-gaulkan sotong dengan telur ayam yang dah dipukul, kemudian salutkan dengan adunan tepung
-goreng dalam minyak yg banyak dan api yg sederhana
-angkat dan toskan dan sedia utk dihidangkan =)

MASALODEH AKA VADAI PUNYA CERITA

MASALODEH..kalau tanya org2 bukan north mesti tak tau punya ehee...tapi kalau tanya VADAI sure semua org tau..kalo belah utara nun kami panggey MASALODEH =)

Masalodeh ni fav my hubby, so dipendekkan cerita hubby arahkan wife dia ni belajaq cara2 nak buat masalodeh ni..adehhh jenuh lah ceq dok pi google sana sini carik resepi. Memang banyak sgt resepi but i made change here and there untuk dapatkan selera apa yg my hubby nak.  Akhirnya Alhamdulillah menjadi jugak first attempt buat masalodeh ni...ehee maybe sebab niat nak bg hubby makan kot (wink..wink..)

Ni ghupa dia sebelum di goreng..masa ni dok berdebaq takut relai masa goreng nnti

BUT





Jeng jeng bila goreng tak relai pun! yeay made it!

So ni resepi yg saya guna 

Bahan2:
-250 gm kacang dhal (rendam selama 4jam!)
-1 sudu besar jintan manis
-4 tangkai cili kering dihiris nipis
-4 tangkai daun kari
-garam
-lada sulah

Cara2:
-Toskan kacang dhal hingga kering air nya
-Blend kering kacang dhal tak hancur sgt pun tak apa
-campurkan kacang dhal yg dah diblend dgn jintan manis, cili kering, daun kari, garam, lada sulah kemudia n gaulkan sebati
-amik plastik dan sapu dengan minyak, bentuk kan bulat2 adunan tadi kemudian tekan kan untk buat dia jadi leper (ikut suka masing2 lah)
-biarkan seketika sebelum mula menggoreng
-goreng dlm minyak banyak dan api sederhana
-Bismillah banyak2 sebelum goreng takut relai eeehehe =)


My hubby puji utk first attempt ni..so tak sesia dok godek2 kat dapoq..

AYAM GORENG ALA KFC

Haritu kat FB ada tayang gambaq ayam goreng ala kepsi ni n dah promise nak bg resepi kat those yang berminat.. lekaih salin kaih.





Bahan2 (Untuk 3 ketul ayam)
-Ayam 3 ketul
-Bawang merah 5 ulas (tumbuk halus)
-lada hitam
-garam
-serbuk perasa
-serbuk kari daging
-tepung jagung 1 cawan
-tepung ros stgh cawan
-tepung beras stgh cawan
-baking powder
-telur ayam sebiji

Cara2:
-perap ayam dengan bawang merah yg dah ditumbuk, lada hitam, serbuk kari, garam, serbuk perasa dan baking powder. at least perap dlm stgh jam
-campurkan ketiga2 tepung bersama dengan baking powder dan lada hitam
-pecahkan telur dan celupkan ayam yg telah diperap ke dalam telur dan salutkan dengan tepung
-goreng dalam minyak yang banyak menggunakan api yg sederhana.
-siap untuk dihidang kan =)